3 orang kakitangan PWK Encik Tipun & Puan Kristin termasuk Ketua Perpustakaan Wilayah Keningau Puan Andi ke ibupejabat Perpustakaan,Kota Kinabalu bagi mengikuti bengkel SISVOT selama sehari (28 Februari 2008).
Labels:
Ingatkan kemarin ada audit, rupa2nya masihhhhh juga ada salesman yang dapat tembus ke opis2 PWK. Dorang 2 nie macam audit jugalah, dengan beg2nya, neck taienya, cuma beza dorg dengan audit..., dorang nie terlampau peramah.
Oklah juga produk dorang nie, bulih kaler (pakai kaler kreyon ja)... lepas tu padam balik pakai tisu (apa jua jenis tisu bulih digunakan termasuk tisu tandas tapi yang belum digunakan lagi laaa... kalu tisu tandas yang suda guna tu bukan apa, takut makin kotor pula)
Produk nie ngam untuk budak2 (anak2 bagi yang suda beranak) bagi melatih mereka mewarna. Produk ini juga sesuei untuk orang2 dewasa yang berperangai budak...kakakak..
Cuma yang bikin musykil kan, bila kena tanya adakah dorang nie suda berhadapan dengan sekuriti di depan...luruuuuussss saja jawapan dorang.... "SUDAH" tapi biasanya jaaa..rang salesman dapat limpas nie sekuriti.
Walaumacammanapun ada juga la kakitangan yang meng'order' produk nie termasuklah tukang post berita nie. Samaada untuk anak2, untuk cucu-cicit dan untuk diri sendiri...
Labels:
Poster calon daripada PARTI HARIJADI, sebuah parti dalam komponen Barisan Perpustakaan ini ialah yang pertama diterima daripada calon tersebut.
Ia dihantar sendiri oleh calon ke pejabat ini memandangkan tiada seorangpun penyokong-penyokongnya yang sanggup menghantar poster ini ke pejabat PooWoK kerana bimbangkan keselamatan diri.
Beliau meminta agar poster ini di'publish' ke blog PooWoK, bertujuan agar dapat menarik minat pengundi-pengundi di kawasan PooWoK.
Sambil mengelap darah yang mengalir di hidung & mulut akibat dibelasah oleh sekumpulan penyokong-penyokong Parti lawan semasa dalam perjalanan menghantar poster di atas, beliau sempat menaburkan beberapa janji manis tetapi meminta agar tidak di'publish' dalam blog ini kerana takut dituntut sekiranya menang kelak.
Labels:

Labels:
KLIK GAMBARRAJAH DIATAS BAGI MELIHAT NAMA-NAMA CALON SERTA NAMA PENCADANG
Pilihanraya PooWoK bagi memilih ADUP - Ahli Dewan Undangan Perpustakaan (ala-ala ADUN) telah pun bermula. Tiada wang pencalonan & tiada elaun akan diberikan, hanya kata-kata semangat. Pengundian bulih dibuat berkali-kali dan bila-bila masa, malah PTI sekalipun bulih ikut mengundi (harap2 tiada la..kan??!!).
Satu mesyuarat pembubaran AJK Sessi 2001 hingga mac 2008 telahpun diadakan pagi tadi di bilik mesyuarat PWK pada jam 10.00 pagi & berakhir pada jam 10.15 pagi.
Dalam mesyuarat itu juga satu majlis pencalonan telah dibuat bagi memilih calon2 yang sesuai untuk dicalonkan bagi merebut jawatan penting dalam organisasi PooWoK.
Majlis pengundian telahpun bermula sebaik sahaja nama-nama calon dikenalpasti, manakala cara pengundian dibuat melalui eUndian yang hanya bulih didapati di http://poowok.blogspot.com/
Pengundian akan bermula hari ini & akan berakhir pada 2 Mac 2008 (Ahad) jam 12 tengahari.
Pengumuman akan dibuat oleh Penasihat PooWoK.
Cara-cara mengundi :-
1. Masuk ke blog PooWoK
2. Klikkan 'mouse' pada calon2 pilihan
3. Klik butang 'vote'
4. Lepas tu klik semula pada perkataan 'return to poll' bagi mengundi lagi.
Labels:
Bukan BENGKEL membaiki kereta ataupun BENGKEL basikal tetapi Bengkel Penyediaan Statistik/Perangkaan. Mr.Mob telah dihantar ke ibupejabat Perpustakaan Negeri Sabah, Kota Kinabalu bagi mengikuti bengkel tersebut selama 2 hari bermula dari 26 Februari 2008 & berakhir pada 27 Februari 2008 (Selasa - Rabu).
p/s Mr.Mob...., jgn merayau tidak tentu hala aaah..
Labels:
Bro...pigi mana mata koitu??!!
Bro Juss antara kakitangan PWK yang mengambil kesempatan untuk membuat pemeriksaan tekanan darah...tinggi atau rendah...
Snap shot semasa aktiviti derma darah, kerjasama Perpustakaan Wilayah Keningau dengan Jabatan Kesihatan, Keningau.
Labels:
Suasana aktiviti anjuran bersama PWK dan Hospital daerah Keningau , Antara aktiviti yang dianjurkan serentak iaitu pertandingan melukis dan mewarna , derma darah , senam robik dan membership drive PWK..Adik-adik dah nak prepare untuk melukis

Adus...sakit ni tapi takpa dengan layanan staff nurse yang cantik molek sanggup berkorban apa saja...

Ada bawa IC, kalau takda tak dapat daftar cik ( bersopan konon maklum baru balik dari kursus handling difficult Customer hehe).
Macam senyum terpaksa ja Boss, aiii Marina jan ketawa sana giliran ko bulum lagi tu.
All the Hospital Staff and PWK staff serta peserta pertandingan turut serta senam robik, tapi macam bejoget la pulok..

The instructor from Rakan Muda very nice aerobic step i tell you, jemput lagi next time ..

Ibu - ibu sayang anak tulung tunjukkanlah dapat hadiah bule kongsi bersama kan..kan..

Tunjuk tu tunjuk juga bulee tapi guna mulut je lah , kalau masuk tangan disqualified tau jaga-jaga ...

Eyahhh... joget CC jan tak joget takan setempat ja goyanglah sikit..
Ni dah kira macam silat la pulak step dia ni emmm..
Aduh dah lama tak eksesais ni longgar pulak rasa lutut ni (Hospital Staff)
Kung Fu Crane on the Rock style...jan rapat nanti kena.
Labels:
Sempena aktiviti derma darah oleh pihak Jabatan Kesihatan, Keningau pada 23 Februari 2008 (Sabtu) - pagi tadi di dewan serbaguna. Pihak Perpustakaan Wilayah Keningau juga tidak lupa untuk menghantar wakil-wakil penderma darah yang terdiri daripada kakitangan PWK, antara yang membuat sumbangan ialah eRuz.
Labels:
Ala-ala "MACAM-MACAM AZNIL", tapi nie pula versi PWK... tidak ditayangkan dimana-mana channel (kamurang cari la di astro ceria atau mana-mana channel, misti tidak jumpa punya). Dibuat secara live semasa aktiviti penyampaian hadiah & aktiviti "Spelling Bee" oleh Ketua Perpustakaan Wilayah Keningau bagi Pertandingan Mewarna sempena Aktiviti Derma Darah pada 23 Februari 2008 (Sabtu) di Bilik Sessi Bercerita PWK. Ketua Wilayah juga sempat mengingatkan kepada kanak2 yang hadir agar selalu membaca buku & rajin datang ke perpustakaan. Ibubapa yang hadir juga tidak ketinggalan diingatkan sentiasa menggalakkan anak-anak mereka agar rajin membaca & mengunjungi Perpustakaan dengan cara menunjukkan contoh kepada anak-anak mereka.
Labels:
Ni kisah satu org makhluk yg dilantik menggantikan bos asal sebuah kompani besar. Disebabkan msalah pekerja2 yg agak kurang motivasi dan selalu cuai + pemalas, bos baru ni decide nak ajar mereka sikit first day dia kat kompani tu.
So, sape2 yg dia nampak paling pemalas, dia akan pecat on the spot. Mmg malang tidak berbau, dia ternampak seorg pekerja yg sedang dok nyandar kat tepi dinding.
"Yg berbaju biru tu" dia menjerit. Jeritan kuat nyebabkan semua perkerja tersentak dan memandang kepada lelaki berkenaan.
"Brapa gaji awak?" dia bertanya dgn nada yg agak keras.
"Dalam RM800" pekerja tu menjawapBos tu menjawap,
"Nah amik ni Rm800,BERAMBUS DARI SINI. KALU NAK MALAS2 PEGI TEMPAT LAIN"
Pekerja tu amik duit tu, lalu terus blah camtu jek.Bos tadi memandang kesemua pekerja2 nye, seperti mahu mereka paham, sape malas,sure kene pecat!Merasakan pekerja2 memahami maksud kejadian tadi, bos itu merasa puas.
Sebelum bos itu masuk semula ke dalam opis nye, dia bertanya kepada salah seorg pekerja disitu,"Mamat tadi tu kerja department mana?"

Jawap si pekerja,"Owh, dia tu antar pizza".
Labels:
Satu mesyuarat bagi membuat persediaan Lawatan Kerja YB serta menteri-menteri ke tapak projek telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Perpustakaan Wilayah Keningau pada jam 9.00 pagi. Mesyuarat yang dihadiri oleh Timbalan Pengarah PNS Puan Maria Sinti turut disertai beberapa pegawai-pegawai daripada Ibupejabat & Perpustakaan Wilayah Keningau.
Labels:
Pada satu malam, ada pasangan yg agak berumur sedang makan malam dengan romantiknya bagi menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yg ke 50 tahun.Suaminya, seorang Tan Sri dan bekas ahli politik mula bercerita tentang nostalgia mereka suami isteri, sekian lama hidup bersama, suka duka, susah dan senang. Si suami memang menyanjung isterinnya, bernama Maria."Maria, selama kita kahwin ni, suka duka kita lalui, susah senang kita tempuh, abang amat menyanyang Maria, tapi ada satu perkara yg asyik bermain-main di benak abang ni dan abang selalu bertanya-tanya. Berterus-teranglah dgn abang pada malam ni, pernah tak Maria curang dgn abang selama ni?"Maria agak terkedu sekejap dan merenung panjang muka suaminya itu, lalu berkata dengan penuh kekesalan, "Ya abang, Maria mengaku pernah curang dgn abang, tapi hanya 3 kali sahaja selama ni""3 kali?" Tan Sri tu agak terkejut, tapi tak la marah, dah tua dah dan memang berniat utk memaafkan isterinya,"Bagaimana boleh terjadi 3 kali tu Maria?"Perlahan jer la isteri dia mula membuka lebaran cerita lama, "Abang ingatkan masa kita mula-mula kawin, terus beli rumah dan selang beberapa tahun, kita susah sangat masa tu hingga rumah kita hampir nak dirampas oleh bank""Ya, abang ingat peristiwa tu" jawab si suami. Si isteri menyambung cerita, "Abang pasti ingat yg pada satu petang tu Maria pergi jumpa pegawai bank tu dan esoknya, bank tu tak jadi rampas rumah kita, malah bagi tambahan pinjaman utk abang mulakan perniagaan..""Emmmm.. sukar buat abang menerima kenyataan ini, tapi abang maafkan maria kerana apa yg maria buat tu untuk masa depan kita jugak", kata si suami, " Kali ke 2 pulak?""Abang ingat tak, abang hampir menemui maut sebab ketumbuhan dalam otak pembedahan?" si isteri menyambung cerita "Ya, abang ingat" jawab si suami. "Kalau macam tu, abang pasti ingat yg Maria ada pergi jumpa doktor pakar tu dan esoknya, dia setuju buat pembedahan utk abang tanpa bayaran apa-apa pun..""Oh maria, walau perit hati ini mendengarkan, tapi abang tetap maafkan maria sebab apa yg maria buat tu untuk masa depan kita jugak dan kerana sayangkan abang jugak.. yang kali ke 3 macam mana pulak? ", kata si Tan Sri. Si isteri menundukkan mukanya dan menjawab penuh lemah, "Abang, ingat tak masa abang bertanding merebut kerusi bahagian dan abang perlukan 248 undi lagi...."
Tan Sri pengsan kat situ jugak...
Labels:
Mesyuarat Kelab Sukan & Rekreasi Perpustakaan Wilayah Keningau 2008 akan di tunda kepada 26 Februari 2008 (Selasa) berikutan panggilan mesyuarat Ketua-ketua Jabatan (Ketua Perpustakaan Wilayah Keningau terlibat) oleh Pejabat Daerah Keningau bersama Setiausaha Kerajaan Negeri .
p/s Harap2 kali nie tidak kena tunda lagi.
Labels:
2 orang kakitangan PWK (En.Ismail @ Awangku Abas & Puan Maslianah Mohd.Shom) dipilih untuk mengikuti kursus "Handling Difficult Customer" di Ibupejabat Perpustakaan Negeri Sabah selama 2 hari yang bermula pada 20 Februari 2008 dan berakhir pada 21 Februari 2008.

Sekian. Terima kasih.....

kekekekekek...pendek ja karangan.

Labels:
Wakil Perpustakaan Wilayah Keningau ke Mesyuarat Pembinaan Bangunan PNS Cwn Nabawan serta lawatan ke tapak pembinaan di Nabawan bersama-sama dengan TP Maria serta rombongan ibupejabat Perpustakaan Negeri Sabah & Pegawai Daerah Nabawan, wakil JKR serta ahli.
Labels:
Satu taklimat mengenai Skim Simpanan Dan Kesihatan Kelompok CUEPACS LIVINGCARE (Dana Restu No.2926) untuk kakitangan-kakitangan kerajaan oleh Unit Kebajikan CUEPACS dengan kerjasama GREAT EASTERN LIFE telah diadakan di Dewan Serbaguna PWK. Taklimat selama 45 minit (8.15 am - 9.00 am) yang disampaikan oleh wakil CUEPACS telah dihadiri oleh kakitangan-kakitangan Perpustakaan Wilayah Keningau. Hampir semua kakitangan yang menghadiri sessi taklimat ini bersetuju untuk menyertai skim ini. Ini diperkuatkan lagi dengan penghantaran borang beramai-ramai oleh kakitangan PWK.



Sessi mengambil borang penyertaan
Sessi bersoaljawab dengan dengan En.Wong
En.Wong sedang memberi penjelasan terhadap soalan-soalan yang diajukan
Labels:
2 orang boss (Ketua Perpustakaan Wilayah Keningau-Puan Andi Syiartazni Kamaluddin & Ketua Seksyen Galakkan Membaca-Puan Beatrice Saili) sedang mengikuti Bengkel Membaikpulih, Pemasangan & Konfigurasi Komputer selama 4 hari yang bermula pada 18 Februari lalu & akan berakhir pada 21 Februari 2008 ini (Isnin - Khamis) di kampus INSAN, Keningau.
Semoga selepas ini diurang akan membuka sebuah kedai membaiki komputer selepas balik dari sana kelak.
Labels:
Bagi penggemar-penggemar buntut ayam, tida kira lah....
buntut panggang di pasar malam Keningau ka...., buntut guring ka...
nie ada satu laie produk bagi penggila-penggila buntut iaitu Mee Segera Perisa Buntut, keluaran khas drp IndoMie, Jakarta.
Rasa dia... entahlah... mungkin rasa buntut la... ada pait-pait siiiiiiikit mangkali...
Labels:
Ketua Perpustakaan Wilayah Keningau, Puan Andi Syiartazni Kamaluddin & Puan Masnah Yusof telah menghadiri satu Bengkel Pengukuhan Sistem Penyampaian Perkhidmatan Awam Agensi Persekutuan Dan Negeri Di Peringkat Pejabat Cawangan Daerah-Daerah Negeri Sabah Bil.1/2008 anjuran Unit Permodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) selama 2 hari pada 13 & 14 Februari 2008 yang lalu di Hotel Juta, Keningau.
Antara cenderamata yang diterima dari pihak MAMPU
Labels:
Mesyuarat Agung PooWoK yang sepatutnya dijadualkan pada
12 Februari 2008 (Selasa) telah ditunda ke tarikh & masa berikut :-
Tarikh : 22 Februari 2008 (Jumaat)
Masa : 8.30 am - 9.00 am
Tempat : Bilik Mesyuarat
Perpustakaan Wilayah Keningau
Sekian. Harap maklum.
Labels:
Tahniah diucapkan kepada Bapa Lawrance kerana telah mendapat seorang waris pemain bolasepak....
Pada 19 Januari 2008 yang telah lalu, isteri kepada Lawrance telah selamat melahirkan seorang anak lelaki yang diberi nama NOEL TJANDRA di hospital daerah Keningau.
Tahniah sekali lagi & SELAMAT MENJADI BAPA.
Labels:
PooWoK wishes you
"SELAMAT TAHUN BARU CINA 2008"
PooWoK
Sports & Recreation Club
Labels:
Beat
14.02.19...

Jacq
22.02.19...

2gis
16.02.19...

Labels:


Kelab Rakan Pustaka daripada Politeknik, Kota Kinabalu telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Perpustakaan Wilayah Keningau pagi taaaaaadi...
Rombongan terdiri daripada 25 orang ahli Rakan Pustaka & 5 orang kakitangan Perpustakaan Politeknik, Kota Kinabalu.
Labels:
Fenomena yang jarang-jarang berlaku, bertempat di parking PWK.
Labels:
PERHATIAN KEPADA SEMUA KAKITANGAN PWK!

Bos ASK panggil mesyuarat Kelab seperti berikut :-

Tarikh : 12 Februari 2008 (Selasa)
Masa : 8.30 am - 9.30 am
(Sila hadir tepat pada masa supaya cepat selesai)
Tempat : Bilik Mesyuarat PWK

Agenda mesyuarat :-
1. Pembubaran Pengerusi/AJK lama
2. Perlantikan Pengerusi/AJK baru

Sekian. Terima kasih.
* p/s Tiada makan/minum disediakan...hehe
Labels:


Lawati web blog beliau di sini
"Can Ba if U"
Labels:





Baru kamarin kena belanja, nie hari ada laie... kali nie dorang si KKing, Tawnie, Joanie, Azrin & Sarnie berbelanja.. Dorang rukut-rukut saturang Rm 50 & ada juga yang kasi Rm 100... Makan free laie...

Kali nie kamiurang makan steamboat (aduiihh...lama-lama kana darah tinggi lainie), ayam guring (mcm ayam panggang) dan yang lain tu makanan sampingan (mcm buah, sambal dsb)... Thanx to dorang yang berbelanja....lain kali belanja lagi...hehe

Labels: