Sempena Pesta Kalimaran 2009 yang berlangsung selama 2 hari bermula 4 & 5 April 2009 di Bangunan Kebudayaan Murut, Tenom, pihak Perpustakaan Negeri Sabah turut serta mengadakan aktiviti. Berbagai aktiviti seperti passport ilmu (roda ilmu, sahibba, teka silang kata, spelling bee), sessi bercerita dalam bahasa Murut & Melayu, mewarna bagi kanak-kanak, kuiz (menyumpit sambil menjawab soalan), pameran etnik Murut, nyanyian kanak-kanak dalam bahasa Murut.

3 April 2009 (Jumaat)

Masa nie kami sedang buat persiapan, packing barang-barang keperluan dan kelengkapan yang patut di bawa ke Pusat Kebudayaan Murut, Tenom. Pukul 2.00 petang selepas minum petang kami berangkat ke Tenom. Sampai ja di sana, aktiviti pertama kami ialah mengangkat kotak-kotak berisi barang-barang, roda ilmu, meja, marley harley davidson dan macam-macam lagi laaa di tingkat atas bangunan (diulangi..."TINGKAT ATAS") dan tanpa lif (diulangi..."TANPA LIF") hanya berharapkan tenaga tulang 4 kerat... fuhhh...!! punyalah berat... (maaana lagi mau tanggung berat barang...maaaana lagi mau tanggung berat badan sendiri)

Selesai angkat barang,... kami mula menyusun dan menghias ( yang ini mau letak mana, lekat di mana, yang itu pulo mau taroh di mana), panjat sana, panjat sini... kalau jatuh.... gerenti jadi penunggu bangunan... kalau idup pun misti jadi bebanan staf lain...

Lebeh kurang jam 6.27 pm gitu, kami siap & pulang ke tempat penginapan, bisuk baru pasang sebab ada barang2 yang berharga.

4 April 2009 (Sabtu)

Jam 7.00 pagi selepas ayam berkokok berkali-kali sejak subuh tadi, kami berkumpul di kawasan aktiviti PNS. Kasi lengkap apa-apa yang patut. Lepas tu angkat lagi kotak2 goodies, minuman dari van ibupejabat...angkat sound system (speaker, wayar, extension, mic etc)... elemekkk... terpaksa lagi turun naik bangunan (peluh pun keluar, badan tadi bau estee lauder, lavender, polo, brut etc sekarang jadi bau kayu belian)
Pagi ini agak kurang sikit pengunjung dan peserta yang menyertai aktiviti sebab bertembung dengan aktiviti gerai jabatan & persatuan lain... kira macam berebut peserta juga laaa... Gerai sebelah bawah...buat aktiviti menyulam (dorang pun pakai peserta kanak-kanak), gerai di sebelah deeeeeeepan pun buat aktiviti melukis dan mewarna (pun pakai peserta kanak-kanak juga)...

Dekat-dekat jam 10.00 pagi gitu barulah mula ramai pengunjung dan peserta. Macam2 laa aktiviti dibuat sambil-sambil layan pengunjung. Ganti-ganti bertugas (uiiiee... kawasan nie PANAS, bukan panas pasal rebut jawatan atau kerusi laaa... memang lorong tempat kamiurang bertugas nie panas udaranya biarpun terlindung dari cahaya matahari... sampai migrain yu')
Tengahari pula time makan - siap ja makan ganti dengan staf yang belum makan, aktiviti PNS nie dijalankan berterusan.
Aktiviti waktu petang pula terpaksa ditutup awal iaitu waktu jam hampir-hampir mencecah ke pukul 5.00 petang (sepatutnya berakhir jam 6.00 petang) walaupun pengunjung dan peserta masih ada sebabnya... hujan dan angin kuat (ribut) melanda kawasan pesta... kayu patah, meja2 be'terbangan, kanopi2 di bawah be'terbangan, roda ilmu tercabut... Memang rasa panik sebab bunyi ribut dan hujan tu..mengerunkan... tapiii... rasa panik tu hilang bila ada mangsa tersembam ke lantai berdekatan dengan pentas PNS..... kes itu akan kita TERJAH (baca artikel di bawah post nie)

Pukul 5.25 petang, selesai mengemas dan balik ke tempat penginapan (aaaduuuhh....!!! migrain tida ilang2 lagi....)

Mandi ja... trus tidur...peeenattt sangat (Mau birak pun tida mampu lagi, tiada tenaga untuk meneran)


Dalam gambar (atas)

Aktiviti menyumpit dan menjawab soalan (Kuiz) bermula (aktiviti nie tidak kira tua atau muda, semua bulih ambik bahagian. Peserta mesti laa melepasi halangan menyumpit dan menjawab soalan dengan betul, baru laa bulih ambik hadiah. Pentas PNS bagi aktiviti nyanyian kanak-kanak dalam bahasa Murut, sessi bercerita, mewarna, persembahan dan penyampaian hadiah-hadiah. Lorong aktiviti PNS di penuhi juga dengan gerai-gerai jualan kraf.

5 April 2009 (Ahad)

7.15 pagi - Kumpul di Pusat Kebudayaan Murut. Mengangkat, menyusun dan melekat barang-barang aktiviti. Beberapa barangan yang rosak akibat ribut diperbaiki seperti roda ilmu.

Selesai mengatur dan menyusun, aktiviti diteruskan. Kali ini lebih ramai pengunjung, sebabnya gerai-gerai jualan kraf telah dipindahkan satu lorong dengan kawasan aktiviti PNS.

Waktu tengahhari, kami bergilir-gilir makan dan bertugas di meja-meja aktiviti.

Jam 5.30 petang, kami mula mengemas, membuka, mengikat dan perkara paaaaaling best mau cakap tapi paaaaaaling tidak best mau buat... "angkat barang-barang turun ke bawah".

6.15 petang selesai dan pulang ke tempat penginapan.


Puan Yunis (HQ) sedang menyampaikan hadiah kepada salah seorang peserta


Dalam gambar (atas)

Sessi bercerita dalam bahasa Murut, pendaftaran percuma keahlian Perpustakaan, sahibba, menyumpit, mewarna & nyanyian kanak-kanak.

Puan Yunis & Puan Maria (TPK)


TPK turut serta dalam aktiviti nyanyian Kanak-kanak dalam bahasa Murut

BERITA.

Pusat Kebudayaan Murut, TENOM - Saat yang sepatutnya menjadi kenangan manis buat seorang lelaki bertukar menjadi tragedi apabila beliau jatuh me'LABUK' di hadapan khalayak ramai (terdiri daripada kakitangan PNS serta para pengunjung aktiviti PNS). Identiti mangsa tidak dapat dikenalpasti. Menurut seorang saksi (yang sempat melihat perkara tersebut sekejap sahaja kerana berpaling ke arah lain) berkata "bentuk fizikal mangsa ialah berketinggian lebih kurang 5 kaki 5 inci, ukuran perut lebih kurang 54 inci, berumur dalam lingkungan 30 - 35 tahun serta berambut pendek. Mangsa memakai pakaian ala-ala krew F1, memegang beg kepit perempuan dan beg sandang/galas dibelakang".

Pihak kami sempat menemubual beberapa orang saksi kejadian bagi mendapatkan kesahihan berita tersebut. Pegawai penyiasat kami juga sedang berusaha menjejaki mangsa tetapi tidak berjaya.

Labels: