Poster calon daripada PARTI HARIJADI, sebuah parti dalam komponen Barisan Perpustakaan ini ialah yang pertama diterima daripada calon tersebut.
Ia dihantar sendiri oleh calon ke pejabat ini memandangkan tiada seorangpun penyokong-penyokongnya yang sanggup menghantar poster ini ke pejabat PooWoK kerana bimbangkan keselamatan diri.
Beliau meminta agar poster ini di'publish' ke blog PooWoK, bertujuan agar dapat menarik minat pengundi-pengundi di kawasan PooWoK.
Sambil mengelap darah yang mengalir di hidung & mulut akibat dibelasah oleh sekumpulan penyokong-penyokong Parti lawan semasa dalam perjalanan menghantar poster di atas, beliau sempat menaburkan beberapa janji manis tetapi meminta agar tidak di'publish' dalam blog ini kerana takut dituntut sekiranya menang kelak.
Labels:

0 comments: