KLIK GAMBARRAJAH DIATAS BAGI MELIHAT NAMA-NAMA CALON SERTA NAMA PENCADANG
Pilihanraya PooWoK bagi memilih ADUP - Ahli Dewan Undangan Perpustakaan (ala-ala ADUN) telah pun bermula. Tiada wang pencalonan & tiada elaun akan diberikan, hanya kata-kata semangat. Pengundian bulih dibuat berkali-kali dan bila-bila masa, malah PTI sekalipun bulih ikut mengundi (harap2 tiada la..kan??!!).
Satu mesyuarat pembubaran AJK Sessi 2001 hingga mac 2008 telahpun diadakan pagi tadi di bilik mesyuarat PWK pada jam 10.00 pagi & berakhir pada jam 10.15 pagi.
Dalam mesyuarat itu juga satu majlis pencalonan telah dibuat bagi memilih calon2 yang sesuai untuk dicalonkan bagi merebut jawatan penting dalam organisasi PooWoK.
Majlis pengundian telahpun bermula sebaik sahaja nama-nama calon dikenalpasti, manakala cara pengundian dibuat melalui eUndian yang hanya bulih didapati di http://poowok.blogspot.com/
Pengundian akan bermula hari ini & akan berakhir pada 2 Mac 2008 (Ahad) jam 12 tengahari.
Pengumuman akan dibuat oleh Penasihat PooWoK.
Cara-cara mengundi :-
1. Masuk ke blog PooWoK
2. Klikkan 'mouse' pada calon2 pilihan
3. Klik butang 'vote'
4. Lepas tu klik semula pada perkataan 'return to poll' bagi mengundi lagi.
Labels:

0 comments: