Ala-ala "MACAM-MACAM AZNIL", tapi nie pula versi PWK... tidak ditayangkan dimana-mana channel (kamurang cari la di astro ceria atau mana-mana channel, misti tidak jumpa punya). Dibuat secara live semasa aktiviti penyampaian hadiah & aktiviti "Spelling Bee" oleh Ketua Perpustakaan Wilayah Keningau bagi Pertandingan Mewarna sempena Aktiviti Derma Darah pada 23 Februari 2008 (Sabtu) di Bilik Sessi Bercerita PWK. Ketua Wilayah juga sempat mengingatkan kepada kanak2 yang hadir agar selalu membaca buku & rajin datang ke perpustakaan. Ibubapa yang hadir juga tidak ketinggalan diingatkan sentiasa menggalakkan anak-anak mereka agar rajin membaca & mengunjungi Perpustakaan dengan cara menunjukkan contoh kepada anak-anak mereka.
Labels:

0 comments: