10 Julai 2009 (Jumaat) - Kaunter check in Hotel Promenade, Kota Kinabalu. Besok kami mau ke HQ, bagi memperbetulkan isi-isi slide dan tambah apa-apa yang patut sebelum konvensyen hari Isnin.


Lobby hotel - tengah tunggu kunci...err...kad pengenalan bilik (kunci-kunci sekarang ni tak main lagi)

12 Julai 2009 (Ahad) - Hehe..patutnya hari Ahad nie masa untuk menenangkan fikiran, santai, releks tapi apa yang kami dapat ialah stress dan demam (bukan H1N1 tau..), Lepas ja sarapan, yang 3 jantan tu sempat juga la berjalan sekejap ke Gaya Street...lepas tu tiada keluar-keluar lagi dah, semua kena kumpul di bilik fasilitator, perah otak...makan tengahhari pun di bilik..


Gambar ni kena snap masa buat kerja di bilik fasilitator, kira pemandangan dari tingkap bilik hotel ja nie...masa nie juga kepala gue sudah mula pening2, 4 biji panadol sudah ditelan tapi blum juga baik-baik

Hari nie kami siap dalam jam 7.30 malam. Keluar kejap ke Grace Court...makan...dan 'tapau' untuk yang lain... balik ja ke bilik...sambung lagi kerja

13 Julai 2009 (Isnin) - Lepas ja semua lalat-lalat bangun, barulah kami bangun. Kumpul lagi di bilik fasilitator bagi latihan terakhir.. Selesai latihan secara membuta tuli, kami turun ke bawah...sarapan...dan terus ke Le Meridien. Berhimpit...1 kereta isinya 8 orang, termasuk pemandu (2 orang duduk first class, 4 orang - economy class, 2 orang jantan - Kelas KAMBING atau dengan nama saintifiknya.. BONET KERETA...)

(Oi! Maw...baju ko.... gue yang sterika, mana elaun dobi gue??!!..)


Inilah grup kami...




Sesi perbincangan kumpulan sebelum masuk ke dewan


Gambar-gambar sepanjang hari pertama konvensyen


Makanan pencuci mulut selepas makan tengahhari di Le Meridien..nyum...nyum...nyum....


Maw dengan makanan ala ' carte


14 Julai 2009 (Selasa) - Hari kedua konvensyen ICC. Pagi nie terdapat 2, 3 buah kumpulan lagi yang akan mempersembahkan projek-projek mereka sebelum majlis penyampaian anugerah pada petangnya.

Dalam dewan bagi sesi ulasan dan penyampaian anugerah. Gambar sebelah tu ialah ahli kumpulan ICC daripada Johor.












Grup PooWoK daripada Perpustakaan Negeri Sabah

Sebelum bersurai..Team dari Sandakan dan Keningau bergambar bersama-sama Pengarah.

0 comments: