23 staf PWK telah dipilih & dilantik untuk bertugas semasa pilihanraya yang akan berlangsung pada 8 Mac 2008 (sabtu) dalam berbagai jawatan seperti Ketua Tempat Mengundi, Kerani Pengundi 1,2,3 & 4, Penyemak Daftar & Penunjuk arah jalan.
Staf-staf ini akan bertugas dalam 2 acara (2 in 1-macam nescafe segera pula) pengundian iaitu Parlimen & Negeri.
Oleh itu pagi tadi pada jam 8.30 staf-staf ini seperti yang diarahkan, telah menghadiri satu sessi taklimat & mengangkat sumpah menyimpan kerahsiaan di Institut Latihan Sektor Awam (INSAN) bersama-sama dengan kerani-kerani undi dari lain-lain jabatan seluruh Keningau.
Antara staf-staf yang menghadiri sessi ini ialah Bos ASK, beat, my, Nupit, ayt, mr.Mob, maw, warie, lyNn, narr, JePP, massy, Jacq, AZr, meus, noney, maReen, sarNee, eRuz, marteeNa, reet & wan.
Hanya seorang saja staf (jus) yang tidak dapat menghadiri acara ini kerana sedang bercuti.
Sessi ini berakhir pada jam 12.30 tengahhari.
Labels:
page 08
0 comments:
Post a Comment