Keningau, 25 November 2007 - Perpustakaan Wilayah Keningau sekali lagi turut serta dalam pameran di Pesta Kayu Koningau pada 23 hingga 25 November 2007 di Dewan Arked, Tamu Ground Keningau. Pameran yang turut disertai oleh Jabatan Polis Diraja Malaysia, Takaful Malaysia, Persatuan Bugis Sabah, Yayasan Sabah, SESB, Jabatan Kesihatan dan Jabatan Pertanian.
Antara pameran-pameran yang dipamerkan oleh PWK kali ini ialah pameran mistik (barang2 mistik dari suku kaum Dusun seperti Gemala Biawak, Rambut Jin 7 Mata, Gemala Ular, Batu Aki Sakalon dsb), pakaian tradisional suku kaum Murut serta perhiasan2 tradisional, peralatan perang lama seperti Pailang, replika Batu Sumpah Keningau serta sejarah batu tersebut, suratkhabar-suratkhabar bersejarah bagi North Borneo sekitar tahun 1961 - 1963 (dipinjamkan oleh Arkib Daerah Keningau), artifak2 daerah Keningau seperti radiogram dsb, gambar2 lama dan bersejarah daerah Keningau sekitar tahun 60'an dan 70'an seperti Pembinaan JalanRaya Keningau-Apin2, feri dan laluannya, dan gambar2 tokoh2 tempatan seperti Datuk Seri OKK Gunsanad (dikurniakan darjah yang membawa gelaran Datuk Seri pada 24 November 2007), Datuk Suffian Koroh, John Duakum dan beberapa lagi tokoh2 tempatan yang tidak dapat disebutkan nama-nama mereka di sini.
Seramai seribu lebih pengunjung yang mengunjungi pameran PWK pada kali ini termasuk orang-orang kenamaan/menteri2 serta pengunjung daripada Jepun, Korea dan Britain (gambarnya tidak dapat diambil kerana kamera ngam-ngam...! kehabisan bateri).
Petunjuk gambar :-
1. Ruang masuk ke pameran PWK.
2. Suratkhabar bersejarah North Borneo (1961-1963).
3. Orang-orang kenamaan yang melawat ke pameran PWK.
4. Gambar-gambar bersejarah daerah Keningau.
5. Barang-barang mistik.
6. Gambar-gambar bersejarah daerah Keningau.
7. Antara orang-orang kenamaan yang melawat termasuk Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan.
8. Replika Batu Sumpah Keningau.
9. Pengunjung dari Jepun & Korea memakai baju-baju kebangsaan mereka semasa melawat ke gerai pameran PWK.

Labels:
page 04
0 comments:
Post a Comment