Satu perjumpaan telah diadakan di bilik mesyuarat PWK. Semua kakitangan (kecuali 4 orang - atas sebab2 yang tidak boleh dielakkan dan atas sebab2 yang boleh dielakkan tapi tidak mau elak) telah menghadirkan diri kerana ada makan....

hehe.. bukan pasal ada makan baa... pasal mau mendengar amanat serta berita2 baik drp KZ...

...kalau bukan berita baik.... pastilaaa berita buruk... kalau sudah berita buruk... alamatnya kena cuci telinga laaa jawabnya...


Amanat dan pesanan drp KZ


Acara memotong kek hari ibu (walaupun sudah berlalu, kaum2 MAMA' di opis tetap diraikan)

Tekun mendengar pesanan dan amanat drp KZ

Ni pula kaum bapa kecuali yang pakai baju oren tu (masih bujang trang tang...tang...)

2 orang pelajar (Mohd.Hafiz & Rezal) daripada UiTM telah melapor diri pada 25 Mei 2009 untuk menjalani latihan praktikal. Pelatih-pelatih ni akan ditempatkan di seksyen-seksyen berkaitan untuk diberi pendedahan tugas-tugas di sini.

Labels:

Kali ni kami ditugaskan ke Long Pasia. Tapi kena singgah juga di Meligan dan Sipitang, sebab ada la mau buat..

Sehari sebelum bertolak, kami sibuk packing barang-barang keperluan dan barang-barang yang mau diantar di sana. Macam-macam la dibawa seperti lilin, LANJANG, torchlight, ubat nyamuk, ubat orang dsb..

Ni gambar-gambar sepanjang perjalanan kami dari Keningau ke Tenom. Sikit ja ni...kalau kasi post semua...gerenti tidak muat punya. Ini pula laluan yang akan kami lalui.... Keningau - Tenom - Sipitang - Meligan - Long Pasia. Jauh juga.. lebih 2 marhalah..

Makan tengahhari di salah sebuah gerai di Sipitang selepas DOWNLOAD kotak2 buku dari Perpustakaan Cawangan Sipitang untuk PD Meligan & Long Pasia. Kereta pun macam sadin dalam tin. Atas bawah depan belakang semua sendat dengan barang2. Dialong dalam gambar tu bukan betul sebenarnya.. saja-saja ja letak dialong.. bagi mengisi masa lapang dan tempat kosong.
Selesai masalah perut, pigi beli selipar dan sambung perjalanan ke Meligan.
Turunkan barang2 & kotak2 buku untuk Meligan. Ringan trus kereta. Lepas tu tu buat rekod & label h.modal & inventori.

Lepas tu minta pengawas PD ni tandatangan mana-mana yang patut. Selesai ja...trus sambung perjalanan ke Long Pasia.


Limpas suda Long Mio...pulang nanti mau singgah sebentar di resortnya.

Mau dekat sampai Long Pasia. 13 km lagi tapi dengan keadaan jalan yang teruk amat.. maka 13 km tu macam 130 km... waaaduhhh...bangkak laaagi punggung ku...


Bunga orkid yang ditemui semasa hampir sampai di Long Pasia... CANTIK dan bulih putik (si KK bilang la) taaapi... risiko.... hehe biasala... tanggung sendirik...

maaaana la tauuu... pulang ja dari sana, ada yang #$#%^&*&*% di dahi...inda sanggup aku


Sammmpaaaiiii..... WOW.... cantik betul pemandangan dari atas bukit nie.. Turun sebentar untuk ambik gambar waktu petang di Long Pasia dan memperbetulkan alignment-alignment serta benda-benda yang 'kramp'

Tingu si baju oren.... tengah membetulkan alignment pinggang...

Untuk ke bangunan PD Long Pasia, kita kena pusing lagi, lepas tu jumpa jalan nie... lepas tu ikut kiri....

Adddehhh.....si KUYUK ni.. Sudahlah disahkan berpenyakit kurap bulan... tuli lagi..


Hah! tu dia bangunan PD, kena limpas padang bola. Gambar sebelah tu pula gambar2 peralatan untuk kami guna nanti...seperti kad2 KEW, lilin, LANJANG, ubat nyamuk (bagi mengubati nyamuk2 yang sakit disini) dan macam2 lagi... yang beg panjang warna hijau tu.. katil ekslusif tu...


Tengah tunggu pengawas PD antar kunci pejabat. Gambar sebelah tu sebuah rumah berdekatan dengan PD..bukan rumah pengawasnya.....jangan pandai2 buat andaian... Rumah tu kena snap sebab landskap dia cantik...

Anak-anak Long Pasia - bole masuk rancangan macam-macam aznil...


Bangunan Perpustakaan Desa Kg.Long Pasia, Sipitang


Pemandangan dari beranda PD ni, CANTIK yung.. secantik dia punya Pengawas (tapi sayang...ta'lampau jauh baa... Bilang si baju oren tadi)


Ni pulo kena snap masa keluar dari kawasan PD


Tukang masak nasik...sapa lagi kalu bukan Chef Kong... (kami tengah lapar ni..) baru lepas mandi sungai bersama JIPUN.. Lauk pula suda kena masak...oleh kumpulan gagak hitam... resepinya seperti tertera di bawah ni :-

Bahan-bahan diperlukan
3 bungkus meggi (3 rasa - laksa, ayam dan kari)

1 tin kari ayam (apa ja jenama...jangan ayam karate-nanti kami inda bulih makan)

Segayung air (guna la air apa ja.. kecuali air oren, air longkang dan yang sewaktu dengannya)

Cara-cara memasak

1. Panaskan kuali tetapi jangan hangus.

2. Masukkan segayung air serta panaskan.

3. Jerang hingga menggelegak (untuk menguji samaada air sudah cukup panas, pinjam tangan rakan disebelah anda dan tuangkan secawan air yang telah dijerang tadi - sekiranya dia menjerit kesakitan, itu tandanya bahan2 masakan boleh dimasukkan suda..)

4. Patah-patahkan ketiga-tiga bungkus meggi dan masukkan ke dalam kuali (meggi sahaja..plastiknya buang), tunggu sehingga meggi kelihatan lemah gemalai.

5. Masukkan ketiga-tiga perencah sekaligus (ayam, kari dan asam laksa) dan gaul hingga rata.

6. Masukkan ayam dalam tin (kalau kebulur sangat, masukkan dengan tin-tin nya sekali) dan gaul hingga rata.

7. Selesai masak. Bolehlah dihias dan dihidangkan.

Cadangan hiasan

Kalau macam disini, bolehlah petik bunga raya di sebelah bangunan PD..(jiran sebelah). Kalau mau lebih meriah... cabut pokok serta akar-akarnya sekali. Lepas tu letakkan ditengah-tengah masakan tadi dan hidangkan bersama-sama kuali. SELAMAT MENCUBA!

Masa ni tengah lapar sesangat...tunggu nasik masak... nasib baik ada bekalan kuih yang kena kasi tapau oleh seseorang... sebenarnya ada 2 jenis kuih tapi yang satu jenis tu sudah kena kasi habis masa dalam perjalanan... lapar beb...


Abis ja makan malam...trus sambung dengan kerja-kerja h.modal & inventori.

Ni pulo... si baju hitam (panggil saja kumpulan GAGAK HITAM) tengah merekod dan melabel item.. Jam 10.30 malam kami stop dulu... mau ke sungai bagi aktiviti memasang rawai serta memancing... ayooohh...

ssssyyyyhh...jangan bising... tengah memancing ni, nanti ikan lari sama-sama buaya...

Tuan punya pancing ini adalah orang yang sedang mengambil gambar ni..


Ni pukul 1.++ pagi nie...baru sampai dari memancing dan memasang rawai...sempat minum kopi panas dan makan kuih...


Tingu dorang tu... Kelambu tidak lupa punya... Bukan apa...takut2 kalau ada nyamuk pembawa malaria..

Yang gagak hitam tu pula..., sebagai langkah keselamatan dari digigit nyamuk,.... 'pakai stokin bola'...

ZZZZZzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz........zzzz....

krooohhh....hiiieee.....krrrooo....hiiieee

Bangun....Bangun... Cuci @#$%^&*...BANGUN WOI...

Bangun pagi trus bercukur supaya habuk tidak melekat masa perjalanan pulang nanti..


Masa nie kami ke sungai sekali lagi. Awal pagi..sekitar jam 6.++.

Check rawai samaada ada ikan tersangkut atau tiada. Sambil2 tu berpikir samaada mau mandi atau tidak (sejuk baa... te'lampau sejuk). Pikir punya pikir... akhirnya kami cuci mata saja... dan sedikit kulit muka..


Antara aktiviti masyarakat di sini seawal pagi - check pukat.


Kakitangan dari Keningau bersama dengan pengawas PD ni..

Berenti di atas bukit masa mula-mula sampai untuk ambik gambar sekali lagi. Gambar semasa memulakan perjalanan pulang.